Langkau ke kandungan utama

Catatan

TO-BUY-LIST (ELECTRICAL APPLIANCES)

       WOMEN are more specific in choosing anything, or I can say choosy, fussy creatures including me. So, these are my listing that I desire to buy or to be exact, I'm planning to ask others to buy for me. 1.  40m² Plasmacluster Technology Air Purifier with Mosquito Catcher Price range : RM 1 039.00 - 1 049.00 MORE DETAILS  https://my.sharp/products/air-care/40m2-plasmacluster-technology-air-purifier-mosquito-catcher-fpgm50lb?v=817 2.    Refrigerator Eyeing on this (a)  Panasonic NR-BL307PS Inverter 2 Door Top Freezer Fridge (296L) but still h ard to decide. Most importantly, it must have inverter and 5 star rating. Price range :  RM1 xxx.xx More details : List 7 Peti Sejuk Inverter Terbaik di Malaysia 2021 - ProductNation Elak Kecewa dengan 7 Peti Sejuk Panasonic Dipercayai Malaysia 2021 (productnation.co) (b) Sharp 650L i-Kagami Refrigerator (12 years warranty) Price range : RM 3 xxx.xx More details :  Sharp i-Kagami Refrigerator | SHARP Malaysia (my.sharp) 3. Water dispenser/
Catatan terbaharu

MINAH KIDAL

SEMALAM, 13 Ogos 2021 (Friday the 13th gittew) merupakan hari orang kidal sedunia. Tapi harini aku nak tribute entri ini untuk kawan aku yang kidal beserta kisah yang sampai harini aku tak dapat lupakan.     Aku ada dua kawan yang kidal, 1 kunamakan Kak M & satu lagi bukan nama sebenar kuberi Si Farah. Tiada peristiwa yang dikenang sangat pasal Kak M dan tangan kidal, manakala ada peristiwa yang ku terkenang-kenang hingga kini antara aku & si Farah.     Pada suatu tengah hari selepas balik dari kelas, aku dan  Si Farah  menyerbu gerai nasi campur Pak Mat yang terkenal dengan harga makanan yang berpatutan. Sedang  Si Farah  mencedok nasi, aku terperasan dia mencedok dengan tangan kiri lalu aku menegurnya. "Farah, ambil makanan dengan tangan kanan". Tanpa banyak bunyi, dia menukar senduk nasi dan mencedok nasi putih dengan tangan kanan. Amat kekok sekali dia mencedok dengan tangan kanan serta hampir terkeluar nasi dari bekas thermos nasi Pak Mat lalu ku baru teringat di

Township Yang Gila

LUPAKAN apa sahaja posisi. Terlentang. Terlungkup. Berdiri. Berjalan. Semua aku lupa. Apa yang aku tahu, semua order aku kena settle. Customer is always right. Statement popular di kalangan pengguna itu turut menjadi pengangan gamers especially pemain Township. Bagaimana aku tahu? Kerana aku salah seorang gamers. Tiada customers, tiada coins. Bandar pon tidak dapat berkembang. Sekadar hiasan. Aku dah level 37           Aku main Township melalui android. Township di Facebook macam lain sikit dari hand phone aku. Entahlah.  Apa aku tau, games ini merupakan sebuah game perancang Bandar yang agak susah sedikit setakat ini sebab kau tak boleh kutip sewa rumah. Cuma order customer yang bagi kau coins. Lain, kalau kau bertuah baru dapat cabutan bertuah coins di House of Luck atau hadiah dari friends gamer kau. Setakat jual products tu untung sikit je.           Bila train sampai, bunyi la keretapi dia tu. Bila susu lembu dah siap perah, bunyi la suara lembu tu. Macam-macam bu

Kenangan Budak Hostel

KALA waktu petang ni tiba-tiba jiwa rasa sentimental terimbau kenangan duduk hostel dulu. Ni semua pasal penangan movie Lagenda Budak Hostel yang aku tengok 2 minggu lepas ni. Kisah bermula pada suatu malam...        Aku dah naik katil nak tidur tetapi kawan aku pulak panggil tiba-tiba. Aku turunlah bual-bual dengan dia dan tiba-tiba seorang senior bersuara, "awak, tolong amekkan air kat dining. Cuci sekali botol ni ye", dengan muka selamba. Memang adat budaya hostel ni suruh junior ambilkan apa-apa aja la benda yang jauh berteraskan alasan tolong menolong.        Dengan hati panas aku pun turun dari tingkat 3 asrama ke dewan makan ambilkan air. Mereka sempurna tanpa cacat cela tapi memperalatkan orang untuk mendapatkan apa yang dihajati. Penindasan. Otakku ligat berfikir dalam kegelapan malam apa perlu aku lakukan untuk hilangkan rasa sakit hati ini. OK dapat!        Masa cuci botol tu dengan berjampi serapah aku pun ludah la sikit dalam botol dia. Botol ke-2

Baverages

Puasa Pada Perspektif Aku

SETELAH berbulan-bulan kita nantikan Ramadhan ini, akhirnya sekali lagi ia datang dalam hidup kita.  Bersyukur ke hadrat ilahi kerana  bersama-sama kita dapat bertemu dengan bulan umat Islam ini lagi. Masa melantak 24 jam dah sampai limit.        Puasa akan bermula esok. Belum pun bepuasa ada sesetengahnya sudah siap persiapan baju raya yang cantik-cantik. Lagu-lagu raya pun dah kedengaran juga. Meriah betul nak puasa ni.         Cakap pasal puasa, automatik fikiran aku akan teringat pasal makanan. Macam -macam  makanan favorite dan tak favorite aku akan dijual. Ada puding, nasi berlauk, ayam percik, kuih-muih, murtabak dan semestinya favorite utama aku, agar-agar. Banyak la lagi yang aku tak ingat nak sebut. Nak ala-ala western pun boleh. Paling kecur air liur bila tengok brader-brader masak kat tapak bazar Ramadhan. Dua-dua bikin kecur air liur. Tak kurang juga kakak-kakak serta makcik-makcik yang akan tersenyum-senyum bila aku menepek kat gerai dia walaupun tak beli. Almaklum

Dialah Ayah Itu

AWAN  petang yang mendung menitiskan titisan hujan renyai-renyai. Tadi lebat sewaktu aku di dalam kelas. Kedinginan petang terubat dengan kehadiran kue tiau hong kong yang suam-suam panas. Ayah aku yang ajar makan kue tiau hong kong ni. Sedap.        Petang tadi keluar ke bandar. Baru nak bayar yuran. Hari ini last. Nasib baik sempat. Ada juga brother sister yang senasib dengan aku di Bank Islam tadi. Tiba-tiba ayah telefon semasa berurusan dengan abang bertali leher. Aku pun angkat call dia.        Tak suka ayah. Aku dah besar, ada ideologi sendiri, dah pandai melawan. Selalu sakit hati dengan dia bila kalah berdebat. Itu saja sebab aku tak suka dia. Banyak kegemaran kami kongsi bersama. Agak susah untuk mencari teman yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku tak susah. Aku beruntung ada ayah yang sporting. Dulu selalu main teka-teki nama ibu negeri di negara-negara jiran. Tapi kini aku tak suka lagi sebab ayah dah hafal soalan yang aku tak boleh jawab.  Tadi bila dengar suara