Langkau ke kandungan utama

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.
Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1.   Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2.   Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3.   Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4.   Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5.   Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6.   Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7.   Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
8.   Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9.   Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10.  Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11.  Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12.  Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13.  Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia.
14.  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
15.  Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.    16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17.  Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18.  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19.  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20.  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

p/s: terjumpa masa selongkar file lama..sekadar berkongsi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TO-BUY-LIST (ELECTRICAL APPLIANCES)

       WOMEN are more specific in choosing anything, or I can say choosy, fussy creatures including me. So, these are my listing that I desire to buy or to be exact, I'm planning to ask others to buy for me. 1.  40m² Plasmacluster Technology Air Purifier with Mosquito Catcher Price range : RM 1 039.00 - 1 049.00 MORE DETAILS  https://my.sharp/products/air-care/40m2-plasmacluster-technology-air-purifier-mosquito-catcher-fpgm50lb?v=817 2.    Refrigerator Eyeing on this (a)  Panasonic NR-BL307PS Inverter 2 Door Top Freezer Fridge (296L) but still h ard to decide. Most importantly, it must have inverter and 5 star rating. Price range :  RM1 xxx.xx More details : List 7 Peti Sejuk Inverter Terbaik di Malaysia 2021 - ProductNation Elak Kecewa dengan 7 Peti Sejuk Panasonic Dipercayai Malaysia 2021 (productnation.co) (b) Sharp 650L i-Kagami Refrigerator (12 years warranty) Price range : RM 3 xxx.xx More details :  Sharp i-Kagami Refrigerato...

🌊 Bercuti di Kelong Johor: Pengalaman Unik Atas Laut ! PART1

 PERNAH terfikir nak bercuti atas laut, jauh dari hiruk-pikuk kota? Kelong di Johor adalah tempat percutian yang rare , tenang, dan penuh aktiviti menarik — terutamanya kalau anda suka memancing, makanan laut segar, dan pemandangan alam yang memukau ! 📍 Senarai Kelong Menarik di Johor (Siap dengan Lokasi & Nombor) 1. Kelong Acheh, Mersing 📞 Tempahan : +6013-752 7875 (Whatsapp) 📍 Lokasi : Pulau Acheh, Mersing 🚤 Aktiviti: Memancing, lawatan pulau 🐟 Makanan laut segar disediakan 🌐 Google Maps 2. Kelong Paradise Waterfront, Kukup 📞 Tempahan : +6012-789 4562 📍 Lokasi : Kukup Laut, Pontian 👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk keluarga besar 🛶 Ada aktiviti kayak & BBQ 🌐 Google Maps 3. Sea Horizon Resort (Style Kelong + Resort) 📞 Tempahan : +607-822 1668 / Website: www.seahorizon.my 📍 Lokasi : Sedili Besar, Kota Tinggi 🏝️ Ada infinity pool, tempat makan tepi laut 📸 Instagrammable & sesuai untuk pasangan 🌐 Google Maps 4...

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..    Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik.. p/s; sedih bas lambat lagi..erm..