Langkau ke kandungan utama

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.         
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
 

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Catatan popular daripada blog ini

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..    Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik.. p/s; sedih bas lambat lagi..erm..

APABILA CATATAN BLOG DISALAH ERTI

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya tentang entri aku 2 hari lepas siapakah gerangan yang dimaksudkan kerana aku menggunakan nama aku sebagai watak utama.. Hal ini menyebabkan terdapat   antara kawan aku yag terasa kerana dia juga berpindah ke teknik selepas PMR..relax kawanku..bukan kau yang dimaksudkan..mungkin kau rasa kaulah orangnya kerana kau berkulit sawo matang..hehe..jangan menggelabah, Coco.. orang yang dimaksudkan mungkin telah berubah..ibarat peribahasa ‘pantai lagikan berubah inikan hati manusia’..Cuma kau yang tahu samada dia telah berubah atau tidak kerana kalian satu sekolah.. sebenarnya aku tumpang ping blog kat FB dia..hehe  perasan aku buat kisah dia..huh!nanti-nanti la..  Entri aku semalam bukan bertujuan untuk mengungkit, Cuma sekadar ingin berkongsi tentang serba-serbi kehidupan yang tak pernah aku gambarkan . Jadi, aku harap dia sudah berubah walaupun pada awal tahun ini aku ada menelefon dia dan ada antara kata-katanya yang seperti ..seperti.. eksyen ...