Langkau ke kandungan utama

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala        selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Catatan popular daripada blog ini

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..    Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik.. p/s; sedih bas lambat lagi..erm..

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." " Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, " Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Ora...

JANGAN BUAT MACAMNI!!!!

KAT atas tu gambar area kawasan rumah aku..rumah murah je,takpayah nak datang rompak rumah aku..kuikuikui.. Tapi, kenapa aku buat gini?adakah aku nak market?pasal ape lak?..ha, ni kisahnya, aku ada seorang jiran pertengahan umur ni, dia suka jemur baju kat rumah orang sedangkan rumah dia kosong je~cantik takde baju bersidai..tak baik tau mak aku kata.. jangan salah anggap, yang aku bulatkan tu bajunya..bawah ni!!!jap aku besarkan gambar.. Nasib baik rumah aku tak jadi mangsa kerana mak aku sidai baju kat belakang..hehe.. Pada pendapat aku,tak salah nak sidai kat rumah orang tapi pastikan kat rumah kita memang dah takde tempat nak sidai sebelum mencacatkan pemandangan rumah orang..mungkin kita tak sedar hal kecil macam ni boleh menjejaskan silaturrahim..kalau gitu macam mana nak capai 1 Malaysia kalau dengan jiran sebelah menyebelah pon sakit hati???haish...