Langkau ke kandungan utama

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


       Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
sekadar hiasan

       Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

       Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. 

       Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

       Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 

p/s: mulakan dengan  Bismillah , sudahi dengan Alhamdulillah.  

Ulasan

  1. begitu hebatnya kalimah bismillah...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Catatan popular daripada blog ini

TO-BUY-LIST (ELECTRICAL APPLIANCES)

       WOMEN are more specific in choosing anything, or I can say choosy, fussy creatures including me. So, these are my listing that I desire to buy or to be exact, I'm planning to ask others to buy for me. 1.  40m² Plasmacluster Technology Air Purifier with Mosquito Catcher Price range : RM 1 039.00 - 1 049.00 MORE DETAILS  https://my.sharp/products/air-care/40m2-plasmacluster-technology-air-purifier-mosquito-catcher-fpgm50lb?v=817 2.    Refrigerator Eyeing on this (a)  Panasonic NR-BL307PS Inverter 2 Door Top Freezer Fridge (296L) but still h ard to decide. Most importantly, it must have inverter and 5 star rating. Price range :  RM1 xxx.xx More details : List 7 Peti Sejuk Inverter Terbaik di Malaysia 2021 - ProductNation Elak Kecewa dengan 7 Peti Sejuk Panasonic Dipercayai Malaysia 2021 (productnation.co) (b) Sharp 650L i-Kagami Refrigerator (12 years warranty) Price range : RM 3 xxx.xx More details :  Sharp i-Kagami Refrigerato...

🌊 Bercuti di Kelong Johor: Pengalaman Unik Atas Laut ! PART1

 PERNAH terfikir nak bercuti atas laut, jauh dari hiruk-pikuk kota? Kelong di Johor adalah tempat percutian yang rare , tenang, dan penuh aktiviti menarik — terutamanya kalau anda suka memancing, makanan laut segar, dan pemandangan alam yang memukau ! 📍 Senarai Kelong Menarik di Johor (Siap dengan Lokasi & Nombor) 1. Kelong Acheh, Mersing 📞 Tempahan : +6013-752 7875 (Whatsapp) 📍 Lokasi : Pulau Acheh, Mersing 🚤 Aktiviti: Memancing, lawatan pulau 🐟 Makanan laut segar disediakan 🌐 Google Maps 2. Kelong Paradise Waterfront, Kukup 📞 Tempahan : +6012-789 4562 📍 Lokasi : Kukup Laut, Pontian 👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk keluarga besar 🛶 Ada aktiviti kayak & BBQ 🌐 Google Maps 3. Sea Horizon Resort (Style Kelong + Resort) 📞 Tempahan : +607-822 1668 / Website: www.seahorizon.my 📍 Lokasi : Sedili Besar, Kota Tinggi 🏝️ Ada infinity pool, tempat makan tepi laut 📸 Instagrammable & sesuai untuk pasangan 🌐 Google Maps 4...

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..    Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik.. p/s; sedih bas lambat lagi..erm..