Langkau ke kandungan utama

MINAH KIDAL

SEMALAM, 13 Ogos 2021 (Friday the 13th gittew) merupakan hari orang kidal sedunia. Tapi harini aku nak tribute entri ini untuk kawan aku yang kidal beserta kisah yang sampai harini aku tak dapat lupakan.

    Aku ada dua kawan yang kidal, 1 kunamakan Kak M & satu lagi bukan nama sebenar kuberi Si Farah. Tiada peristiwa yang dikenang sangat pasal Kak M dan tangan kidal, manakala ada peristiwa yang ku terkenang-kenang hingga kini antara aku & si Farah.

    Pada suatu tengah hari selepas balik dari kelas, aku dan Si Farah menyerbu gerai nasi campur Pak Mat yang terkenal dengan harga makanan yang berpatutan. Sedang Si Farah mencedok nasi, aku terperasan dia mencedok dengan tangan kiri lalu aku menegurnya. "Farah, ambil makanan dengan tangan kanan". Tanpa banyak bunyi, dia menukar senduk nasi dan mencedok nasi putih dengan tangan kanan. Amat kekok sekali dia mencedok dengan tangan kanan serta hampir terkeluar nasi dari bekas thermos nasi Pak Mat lalu ku baru teringat dia si kidal! Lalu aku bersuara kembali, " eh kau kidal, lupa pulak. Takpe, ambil dengan tangan kiri eh," kataku dengan nada bersalah. Lalu dia tanpa banyak bunyi juga menukar tangan kirinya mencedok nasi.

    Aku harap Si Farah sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga lebih-lebih lagi di musim covid ini, risau pula aku bila dia tak reply whatssap aku malam semalam. Aku wish juga la pada dia & Kak M (Alhamdulillah Kak M reply maksudnya sihatlah tu), Happy Left Hander's Day semalam malam sebab seingat aku 2 hamba Allah tu je yang kidal. Yang lain macam lupa la ada lagi ke yang kidal atau tak. Kalau ada sesiapa yang nak aku wish juga Happy Left Hander's Day, boleh la komen, ya. 






p/s: Si Farah memang jenis tak banyak bunyi, tapi dia suka gossip

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..    Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik.. p/s; sedih bas lambat lagi..erm..

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." " Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, " Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Ora...

JANGAN BUAT MACAMNI!!!!

KAT atas tu gambar area kawasan rumah aku..rumah murah je,takpayah nak datang rompak rumah aku..kuikuikui.. Tapi, kenapa aku buat gini?adakah aku nak market?pasal ape lak?..ha, ni kisahnya, aku ada seorang jiran pertengahan umur ni, dia suka jemur baju kat rumah orang sedangkan rumah dia kosong je~cantik takde baju bersidai..tak baik tau mak aku kata.. jangan salah anggap, yang aku bulatkan tu bajunya..bawah ni!!!jap aku besarkan gambar.. Nasib baik rumah aku tak jadi mangsa kerana mak aku sidai baju kat belakang..hehe.. Pada pendapat aku,tak salah nak sidai kat rumah orang tapi pastikan kat rumah kita memang dah takde tempat nak sidai sebelum mencacatkan pemandangan rumah orang..mungkin kita tak sedar hal kecil macam ni boleh menjejaskan silaturrahim..kalau gitu macam mana nak capai 1 Malaysia kalau dengan jiran sebelah menyebelah pon sakit hati???haish...