Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel orang kidal

MINAH KIDAL

SEMALAM, 13 Ogos 2021 (Friday the 13th gittew) merupakan hari orang kidal sedunia. Tapi harini aku nak tribute entri ini untuk kawan aku yang kidal beserta kisah yang sampai harini aku tak dapat lupakan.     Aku ada dua kawan yang kidal, 1 kunamakan Kak M & satu lagi bukan nama sebenar kuberi Si Farah. Tiada peristiwa yang dikenang sangat pasal Kak M dan tangan kidal, manakala ada peristiwa yang ku terkenang-kenang hingga kini antara aku & si Farah.     Pada suatu tengah hari selepas balik dari kelas, aku dan  Si Farah  menyerbu gerai nasi campur Pak Mat yang terkenal dengan harga makanan yang berpatutan. Sedang  Si Farah  mencedok nasi, aku terperasan dia mencedok dengan tangan kiri lalu aku menegurnya. "Farah, ambil makanan dengan tangan kanan". Tanpa banyak bunyi, dia menukar senduk nasi dan mencedok nasi putih dengan tangan kanan. Amat kekok sekali dia mencedok dengan tangan kanan serta hampir terkeluar nasi dari bekas thermos nasi Pak...