Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas. Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

TAK PERCAYA:BE NUFFNANG BERTAMBAH?

DAH genap 7 hari aku tak update blog disebabkan kesuntukan masa..tup..tup.. aku tengok BE aku dah meningkat..ahakz.. layan je la entri ni ea.. pengunjung sikit je tapi BE naik RM 2..haha..trima kasih nuffnang..:)

SEMINGGU DI UiTM SEGAMAT

HARINI aku ada masa sedikit nak layan blog aku ni..minggu destini siswa (MDS) baru tamat semalam jadi aku dah ada masa..hehehe..ramai student balik rumah tapi aku tak..aku memang malas nak balik lagi-lagi mak pak aku gi laut..ermm.. Ada banyak perkara aku belajar tapi sikit je yang lekat sampai sekarang...nak tau? 1.UiTM ni satu satunya universiti yang menyokong kerajaan( UMNO) 2.Orang melayu perlu berusaha 3.hak orang melayu dicabuli 4.umpil pintu 5.pinky boy (aww) 6.peghulu yang berani meminta maaf  secara umum (bakal pemimpin negara) 7.pak cik ahmad 8.analisis pelaburan(investment analysis) memang meremang susah 9.6 hari tak berak.ahakz. 10.sakit tekak,selsema,batuk,sembelit..ahakz 11.spek bingkai hitam.. p/s;hope roomate aku a.k.a senior baik hati..amin..                                                            

SIBUK

BUNYI radio beserta dengkuran seisi rumah kedengara..semuanya telah lena kecuali aku..duduk menghadap komputer menaip bait-bait perkataan.. Memang penat mengemas barang-barang..esok dah kene daftar kat UiTM Segamat..aku memang malas betul sebenarnya nak sambung belajar..nak kata course yang dapat tak diminati,semua aku tak minat..tak minat nak sambung belajar..tapi memandangkan bapak aku bangga gila aku dapat tawaran ni aku chow je la..pergh..kene tukar stail..mencik!!! Macam-macam aku pikir..er..entahlah..tulis kat blog je la..ermm..senang ke nak lepaskan orang yang tersayang?erm..entah la..kalau nak tinggal family,5 tahun aku duduk hostel..dah biasa..tapi..tapi..tak tahu!!!aku nasihat member aku tapi aku sendiri pun buntu..tapi aku tahu member aku sebenarnya macam aku..biar dia.. Aku sangat busy.. p/s:setan betul!!aku beli buku takde muka surat..salah cetak..pergh!!!batal niat aku nak belajar asas akaun..uwekk..belajar kat u je la..

CERMIN

Pagi yang suram. Cermin itu berada di atas katil John walaupun cermin itu kepunyaanku ,Mask. Dia pijam. Tapi dia tak letak balik dalam loker aku. Aku pun tak kisah kerana aku seorang yang simple. Roy   pun guna cermin aku. Penghuni lain di dorm itu turut menggunakan cerminku untuk berdandan   walaupun disediakan cermin yang lebih besar di dalam dorm itu. Kecantikan adalah hak milik setiap insane.. Suatu hari mataku terpaku pada sesuatu objek didalam bakul sampah..cermin itu telah pecah..aku berasa sangat terkejut lalu pergi menemui Roy..dia pun bercerita.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~` Dew :Roy, sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..err..kau   ingat tak?bendanya bulat-bulat, berwarna merah..hari-hari kita tengok dia.. Roy: apa tu? Entah.. Dew: aalah, cermin..cermin tu dah pecah..nanti aku   ganti ea..aku   tak sengaja..masa aku nak letak atas katil kau tiba-tiba jatuh..pastu pecah..hehe.. Roy:huh? Eh,jangan menggelabah

PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN OTAK LUPA

1.Makan kepala ikan 2.Miniman atau makanan yang dicemari semut 3.Makan yang diselang-seli dengan mium 4.Makan organ dalaman seperti hati,jantung,paru-paru,perut dan sebagainya 5.Membaca nama di batu nesan 6.Berdiri di celah-celah binatang 7.Melihat najis semasa membuang air 8.Melihat kemaluan   9.Melihat buih nasi semasa nasi mendidih 10.Kencing berdiri 11.Makan makanan yang masam 12.Meniup api ilin

PAHALA SEBANYAK BINTANG DILANGIT

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya Sayidatina Aisyah r.ha. mengagak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.  

AMUKAN WARGA FACEBOOK!!

KECOH harini tentang facebook..kalau nak ikut hati memang nak delete akaun Facebook tapi apakan daya, Facebook ni lah antara tempat famous aku ping entri..bukan kat wall aku, wall member-member aku pun jadi mangsa..tapi dah mintak izin..hehe.. Aku dapat notification tentang bende alah ni, cakap nak elak spam..jadi aku tak approve sebab aku ni salah seorang spammer. .sampai pernah kene banned dalam facebook..huh!!kedekut!!! Ni aku tunjuk sikit pasal virus ni agar tak terpedaya.. nasib baik kawan aku bagi amaran tadi kalau tak memang aku pun menyebarkan kat orang tanpa disedari..ermm..aku memang tak suka dengan virus penyebaranni..mesej berantai pun member aku pernah kene warning dengan aku sebab suruh aku duk sebarkan..sebab aku pun takut..heee.. Adakah spammer ni banyak sangat sampai wujud mesej spammer tanpa disedari macam ni? Dah la nak ping entri kat Facebook pon kene word verification..ermm..naseb..naseb.. p/s; kami benci virus!!

HMMM..DAH LEPAS GIAN

AKU bahagia hari ini disebabkan 2 perkara.. pertama.. tadi aku pergi Bank Islam nak bukak akaun untuk UiTM..dipendekkan cerita, aku pun duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu permohonan diproses..duduk di kerusi..duduk di kerusi..aku tahan je, pakcik sebelah aku ni duduk tak reti diam..dia goyang-goyang kaki dia..aku sakit hati sebab aku pun bergegar jugak!! Jadi aku mengambil inisiatif untuk menegurnya secara berhemah tapi aku tak tau bagaimana..aku ni pemalu..jadi aku pun gegarkanlah kaki aku lagi kuat bertujuan biar dia terganggu dan stop gegar kaki dia!! biar dia faham la kononnya..tapi dia gegar lagi kuat pulak..perghhh!! Berasap gila aku..aku pun gegar lagi kuat..hahaha..lepastu dia bangun..hahaha..pergi kaunter sebab nama anak dia kena panggil..rasa macam akan satu kampus dengan aku je anak dia tu..err..yang penting aku suka dah tiada ganguan gempa bumi kecil..huh!! kedua.. mak aku dapat surat pasal akaun bank aku..katanya umur aku hampir 18 tahun dan nama mak

KENAPA AKU LULUS JPJ?

HARI Isnin lepas,semalam semalam, aku pergi test jpj kat bunga raya, bunga kebangsaan kita..tapi ini bunga raya nama institut memandu bunga raya.. Datang-datang pergi daftar dapat nombor 22..nombor bertuah tu..harap-harap kalini lulus..malas nak buang duit mak aku lagi..huh! Mula-mula buat bukit ..pergh..tayar masuk aku tengok lagi 1 mm nak keluar tapi aku beranikan diri angkat tangan..lepas..hehe..okey, buat parking pula..yes! dah siap semua step-step parking..tengok tayar, terkeluar garisan! Mana silap aku? Jadi, aku mengambil langkah berani mati ..aku kedepankan kereta(tak pernah cikgu ajar)  sedikit je..kemudian undur balik..yes, masuk..fuh selamat! Dengan muka yang pucat seperti mayat aku tekan hon..tapi tak bunyi!! Rupanya salah button..button dekat tepi,bukan tengah..adees...tiba saat yang aku paling menggelabah, 3 point turn (aku fail hari tu sebab tak buat ni) klik sini kalau nak kutuk ..masuk je la..tiba waktu nak undur, kene berhenti pada garisan selari ..selesai..na

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, a

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru , demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : "Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang . Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian put

APABILA BAPAK AKU CEPUK DENGAN BANTAL

BAPAK dan ibuku pulang pukul 5 pagi semalam..baru balik dari laut..aku yang sedang lena membute terjaga dan kemudian tidur kembali..esok pagi aku cakap dengan mak dan pak aku malas nak masuk u..aku nak amek Form 6..bla..bla..bla..aku memang pemalas pon nak belajar lama-lama..naseb baik spm 2 tahun je sekolah..fuhh !! Tiba-tiba bapak aku cepuk muka aku dengan bantal..huhu..nasib baik bantal kecik..dah aku kene dengar ceramah free dari dia..kalau membebel mamang kalah mak aku..aku lagi suka mak aku bebel berjam-jam dari dengar bapak aku membebel 1 minit..eeee..tak suka.. Selepas itu, aku pun cakap "yelah,yelah..masuk u.."jadi aku pun agaknya masuk la u kot kalau tanak kene cepuk lagi..ambil la aku diploma analisis pelaburan..err..mungkin aku kena belek buku tingkatan 3 kemahiran hidup..erm..cukup lah sangat..kacau je plan aku nak enjoy sampai hujung tahun..tapi kira nasib baik sikit je la sebab ada kawan-kawan aku isnin ni masuk form 6..aku lak test jpj..perhh..memang tanak

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya 8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala        selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hura

JIBRIL AS, KERBAU, KELAWAR DAN CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

MARI ramai-ramai join..nak join klik sini jom ramai-ramai gegar..

ELAKKAN DIRI DARI MENERIMA IMPAK KENAIKAN HARGA MINYAK

BARU-BARU ini harga minyak Ron 97 telah naik sebanyak 20 sen menjadikan harga sebenarnya setakat ini RM2.90,manakala harga Ron95 kekal.. jika kita sebagi rakyat Malaysia tidak mengambil inisiatif untuk menurunkan harga minyak,siapa lagi? Jadi saya rasa kita boleh cuba cara di bawah: 1.basikal  mari lah kita ramai-ramai naik basikal..aku nak naik basikal kat jalan raya tapi tak ada pun orang nak ikut..jomlah naik basikal..pencemaran udara pun kurang..negara China adalah negara yang paling ramai penunggang basikal.. 2.beca naik beca pun bagus jugak..keluarkan semula beca-beca yang disimpan tu.. 3.NGV (Natural Gas Vehicle) Mari kita cuba pasang NGV pada kereta..antara keistimewaan dia ialah ciri penjimatan bahan bakar sehingga 70%,65% lebih murah dari Petrol,43% lebih murah dari diesel,harga stabil, tidak berubah seperti Petrol..nak tahu lanjut klik sini 4.kenderaan awam semakin banyak bas awam di Malaysia sampai aku pernah dengar pemandu bas merungut mengenai hal ini.

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." " Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, " Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Ora

DAPAT BE NUFFNANG LAGI

PAGI semalam aku chek earning dah meningkat walaupun tak banyak..syukur Alhamdulillah..meningkat juga BE..ingat lagi berapa bulan baru naik..huhu..meh tengok gambar di bawah ni.. Aku perasa unit visitor aku pun meningkat..mungkin sebab tu kot dapat BE ni..tambah sekali kalau ada yang sudi klik-klik iklan dalam blog ni..jutaan terima kasih la kat orang yang mengklik dan tak lupa juga pada nuffnang yang memilih aku kali ini untuk diberi BE..harap masa akan datang boleh dapat lagi BE.huhu.. p/s: mata tersangat layu..zzZZ

ADA APA PADA NAMA

DARI semalam bapak aku bising pasal blog aku..aku sekadar buat blog untuk berkongsi cerita atau ilmu..bukan banyak mana, tapi adalah juga..daripada biarkan ilmu dimiliki sorang-sorang atau bercakap sorang-sorang macam orang kurang siuman baik aku tulis dalam blog ni..adakah aku bersalah menaip setiap bait-bait perkataan di atas blog aku sendiri sedangkan bukan aku sibuk tulis pada blog orang..setakat spam dekat shoutbox dan tinggal komen kat blog orang tu biasa la..hehe.. Sebagai kesudahannya, bapak aku mengambil keputusan utuk menukar nama dia kepada nama aku untuk daftar broadband..sebenarnya sejak beli broadband dia nak masukkan nama aku tapi memandangkan aku budak tak cukup umur jadi dia dengan jelingan tajam guna nama dia..jadi, selepas bulan 7 mungkin nama aku pula akan diganti dengan namanya..tapi boleh ke begitu? Aku sebenarnya tak tahu apa yang dia takut sangat guna nama dia daftar broadband untuk aku..dia kata aku  suka buat benda pelik..tapi berblog ni pelik ke? aku teng

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH. 1.    Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau ter tidur lain cerita.. 2.    Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita. 3.    Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4.    Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5.    Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup   (kerana berpagi-pagi itu membuka pint

APA KESIMPULAN BERITA OSAMA BIN LADEN?

KECOH hari ini di dada-dada akhbar serta internet tak lupa juga kepada blog-blog mengenai kematian Osama Laden..juga,ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan berita ini..tadi   aku nak ping entri pada gengblogger.com ada 2 entri sahaja (aku termasuk ) bukan mengenai kes Osama Laden di muka satu..memang panas.. Aku malas nak mengulas lebih lanjut   mengenai hal ini sebab umum telah ketahui..Cuma apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah mengenai apa yang aku jumpa pada blog-blog atau sumber-sumber lain di dalam internet.. Ada yang cakap Osama masih hidup, Ada yang cakap dia sudah mati, Ada yang cakap ini jenaka terhebat abad ini (sape la yang curi idea aku ni untuk maharaja lawak tahun depan..haish!!) Ada yang cakap dia tak wujud,saja nak tunjuk Islam ni pengganas.. Kalau nak ikut gambar ini, ada desas-desus mengatakan bahawa gambar ini telah dicipta semasa pimpinan George W. Bush lagi..kes nak perdaya orang islam lagi..arghhhh!!! Tadi aku tengok berita TV3..ramai pemimpin Negara-nega

KELIRU

MALAM yang sejuk.. tadi aku chek,aku dapat form 6-normal form 5 lepasan spm akan dapat.. tapi sekolah dulu, **G*..Jurusan pun sains..ermm aku tak minat sains honestly..tapi aku tercampak ke kelas sains..bukan salah ibu mengandung.. nak tukar ke kelas akaun dulu tapi..barag yang lepas usah dikenang..huarghhhhh!!!! sekarang.. aku pening nak pilih 3 tempat..dapat dekat sekolah asal,**** tapi aku taknak! tinggal sekolah dato' penggawa timur dan permas jaya..er..penggawa timur dekat masai,kalau pergi sekolah naik bas tambang..masalahnya aku tak suka melintas jalan..kalau sekolah permas jaya, naik bas sekolah tapi balik selalunya tak sama dengan budak-budak batch lain..jadi takut balik jalan kaki pulak-no way!!!Kalau dekat takpe.. Kalau **G*..aku kurang berkenan..kene duduk hostel balik..apa masalah!!!penyakit la!!!jangan cari masalah!!! p/s; aku buntu tapi kenapa aku tak kusut?tak kusut tapi lahir entri ini?apa aku merepek?aku tak suka update entri malam-malam sebab idea merapu

LUAHKAN PERASAAN ANDA

APABILA kita menyukai atau menyintai seseorang, luahkan sahaja perasaan itu..tak kira siapa pun dia.. Mungkin kita tidak mahu menyesal dikemudian hari kalau dia sudah menjadi milik orang lain..siapa tahu, mugkin dia juga menyukai kita walaupun dia hanya membisu..tidak kira siapa.. katakan saja padanya sebelum terlambat ..walaupun dia mungkin milik orang lain..mungkin hari ini dia masih ada, tapi mana tahu jikalau esok dia telah pergi..mungkin kita tidak mahu rasa kesal atau kecewa di kemudian hari/hari muka/akan datang/lain-lain lagi kerana memendam perasaaan.. Jadi,luahkan sahaja perasaan kita..samada dia kekasih kita,kekasih adik,kekasih kawan,kekasih gelap,adik angkat,abang angkat,teman sepermainan atau sesiapa sahaja..kemudian kita   akan berasa lega..kita harus akui bahawa setiap orang mempunyai perasaan..dan perasaan adalah anugerah daripada ilahi..jadi, tidak salah untuk meluahkan perasaan daripada membiarkannya terpendam.. Mungkin selepas itu kita akan dikritik.. Mungkin juga k