Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Baverages

Puasa Pada Perspektif Aku

SETELAH berbulan-bulan kita nantikan Ramadhan ini, akhirnya sekali lagi ia datang dalam hidup kita.  Bersyukur ke hadrat ilahi kerana  bersama-sama kita dapat bertemu dengan bulan umat Islam ini lagi. Masa melantak 24 jam dah sampai limit.        Puasa akan bermula esok. Belum pun bepuasa ada sesetengahnya sudah siap persiapan baju raya yang cantik-cantik. Lagu-lagu raya pun dah kedengaran juga. Meriah betul nak puasa ni.         Cakap pasal puasa, automatik fikiran aku akan teringat pasal makanan. Macam -macam  makanan favorite dan tak favorite aku akan dijual. Ada puding, nasi berlauk, ayam percik, kuih-muih, murtabak dan semestinya favorite utama aku, agar-agar. Banyak la lagi yang aku tak ingat nak sebut. Nak ala-ala western pun boleh. Paling kecur air liur bila tengok brader-brader masak kat tapak bazar Ramadhan. Dua-dua bikin kecur air liur. Tak kurang juga kakak-kakak serta makcik-makcik yang akan tersenyum-senyum bila aku menepek kat gerai dia walaupun tak beli. Almaklum

Dialah Ayah Itu

AWAN  petang yang mendung menitiskan titisan hujan renyai-renyai. Tadi lebat sewaktu aku di dalam kelas. Kedinginan petang terubat dengan kehadiran kue tiau hong kong yang suam-suam panas. Ayah aku yang ajar makan kue tiau hong kong ni. Sedap.        Petang tadi keluar ke bandar. Baru nak bayar yuran. Hari ini last. Nasib baik sempat. Ada juga brother sister yang senasib dengan aku di Bank Islam tadi. Tiba-tiba ayah telefon semasa berurusan dengan abang bertali leher. Aku pun angkat call dia.        Tak suka ayah. Aku dah besar, ada ideologi sendiri, dah pandai melawan. Selalu sakit hati dengan dia bila kalah berdebat. Itu saja sebab aku tak suka dia. Banyak kegemaran kami kongsi bersama. Agak susah untuk mencari teman yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku tak susah. Aku beruntung ada ayah yang sporting. Dulu selalu main teka-teki nama ibu negeri di negara-negara jiran. Tapi kini aku tak suka lagi sebab ayah dah hafal soalan yang aku tak boleh jawab.  Tadi bila dengar suara