Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Kenangan Budak Hostel

KALA waktu petang ni tiba-tiba jiwa rasa sentimental terimbau kenangan duduk hostel dulu. Ni semua pasal penangan movie Lagenda Budak Hostel yang aku tengok 2 minggu lepas ni. Kisah bermula pada suatu malam...        Aku dah naik katil nak tidur tetapi kawan aku pulak panggil tiba-tiba. Aku turunlah bual-bual dengan dia dan tiba-tiba seorang senior bersuara, "awak, tolong amekkan air kat dining. Cuci sekali botol ni ye", dengan muka selamba. Memang adat budaya hostel ni suruh junior ambilkan apa-apa aja la benda yang jauh berteraskan alasan tolong menolong.        Dengan hati panas aku pun turun dari tingkat 3 asrama ke dewan makan ambilkan air. Mereka sempurna tanpa cacat cela tapi memperalatkan orang untuk mendapatkan apa yang dihajati. Penindasan. Otakku ligat berfikir dalam kegelapan malam apa perlu aku lakukan untuk hilangkan rasa sakit hati ini. OK dapat!        Masa cuci botol tu dengan berjampi serapah aku pun ludah la sikit dalam botol dia. Botol ke-2

Baverages

Puasa Pada Perspektif Aku

SETELAH berbulan-bulan kita nantikan Ramadhan ini, akhirnya sekali lagi ia datang dalam hidup kita.  Bersyukur ke hadrat ilahi kerana  bersama-sama kita dapat bertemu dengan bulan umat Islam ini lagi. Masa melantak 24 jam dah sampai limit.        Puasa akan bermula esok. Belum pun bepuasa ada sesetengahnya sudah siap persiapan baju raya yang cantik-cantik. Lagu-lagu raya pun dah kedengaran juga. Meriah betul nak puasa ni.         Cakap pasal puasa, automatik fikiran aku akan teringat pasal makanan. Macam -macam  makanan favorite dan tak favorite aku akan dijual. Ada puding, nasi berlauk, ayam percik, kuih-muih, murtabak dan semestinya favorite utama aku, agar-agar. Banyak la lagi yang aku tak ingat nak sebut. Nak ala-ala western pun boleh. Paling kecur air liur bila tengok brader-brader masak kat tapak bazar Ramadhan. Dua-dua bikin kecur air liur. Tak kurang juga kakak-kakak serta makcik-makcik yang akan tersenyum-senyum bila aku menepek kat gerai dia walaupun tak beli. Almaklum

Dialah Ayah Itu

AWAN  petang yang mendung menitiskan titisan hujan renyai-renyai. Tadi lebat sewaktu aku di dalam kelas. Kedinginan petang terubat dengan kehadiran kue tiau hong kong yang suam-suam panas. Ayah aku yang ajar makan kue tiau hong kong ni. Sedap.        Petang tadi keluar ke bandar. Baru nak bayar yuran. Hari ini last. Nasib baik sempat. Ada juga brother sister yang senasib dengan aku di Bank Islam tadi. Tiba-tiba ayah telefon semasa berurusan dengan abang bertali leher. Aku pun angkat call dia.        Tak suka ayah. Aku dah besar, ada ideologi sendiri, dah pandai melawan. Selalu sakit hati dengan dia bila kalah berdebat. Itu saja sebab aku tak suka dia. Banyak kegemaran kami kongsi bersama. Agak susah untuk mencari teman yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku tak susah. Aku beruntung ada ayah yang sporting. Dulu selalu main teka-teki nama ibu negeri di negara-negara jiran. Tapi kini aku tak suka lagi sebab ayah dah hafal soalan yang aku tak boleh jawab.  Tadi bila dengar suara

Batuk vs Jerebu

MASUK hari ini, hampir 2 minggu aku dijangkiti penyakit tipikal manusia semesta alam iaitu selsema & batuk.  Mulanya aku cuma sakit tekak biasa-biasa je, rasa time tu belum muncul kes jerebu yang ketara sekarang ni. Macam biasa, aku memang tak makan ubat-ubatan doktor ni. Cuma strepsils yang setia merasa tekak aku ni. Yang penting tak merosakkan gigi. geeee         Sebenarnya aku ni tersangatlah ketinggalan zaman kerana tak mengikuti berita semasa. Asal aku jalan je nampak orang pakai mask aku pelik. Rupanya jerebu. Ingat rommates aku main api.  Puihhh!!! warna traffic light pon kabur          Starting today, jerebu semakin ketara kelihatan di bumi Segamat ni sampai sakit mata aku. Next week kena la pakai cermin mata balik, pakai contact lens membuatkan  mata aku pedih berkesat-kesat akibat campuran debu-debu sumbangan terbesar dari negara jiran kita, Indonesia.        Semua rommates aku dah terima bahana, aku yang hampir baik demam turut bentan. Kahak hijau berlarutan e

Assignment Bersama 9GAG

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya apa yang aku cuba sampaikan.  Gambar ni adalah salah satu gambar assignment aku untuk subjek marketing (MKT243).     Ini sebenarnya storyboard group aku. Ini kira jalan cerita la nak tunjuk pada lecture. Tapi presentation da lepas da.    Inilah storyboard terakhir setelah di touch-up utuk presentation. Sebenarnya aku main lukis je, tak sangka pulak jadi. Cuma gambar troller je yang aku tekup. Susah la nak lukis kedut-kedut tu. Tak ada idea nak lukis apa, 9GAG jadi model..    Aku ingatkan silibus subjek-subjek di universiti  ni da tak payah lukis-lukis (kecuali budak Arts)  macam budak sekolah tapi rupa-rupanya ada juga. Nasib baik skill melukis aku yang tak seberapa ni masih ada dalam 65%. Ok la tu dari tak ada..hehe    Jadi, ke mana pon kita berada, jangan la tinggalkan kenangan terhadap skill-skill yang pernah kita ada. Tak mustahil kita akan gunakan kembali selagi hayat di kandung badan. p/s: setiap orang ada kelebihan dan kek

Cerita Aku dan BB1M

KEPADA semua student-student ipta/ipts dan pra universiti mesti ada dapat baucar buku yang special diberi oleh PM kita sekarang ni.  Jangan lepaskan peluang anda semua ambil dan gunakan lah baucar ini ye. Orang da bagi tu ambil je la.. :)    Berbalik pada tajuk asal, aku sebenarnya belum guna keseluruhan lagi baucar ini.  Cuma terusik RM50 ja. Tu pun sebab perjanjian sebagai pertukaran dengan komplot aku yang sudi mengganti aku dalam lawatan  penanda aras ke UiTM Lendu pada sabtu dan ahad lepas . Biasa la program-program hujung semester ni memang susah nak dapat sambutan sebab test, quiz memang berderet-deret. Sampai ada jadual test aku next week, 2 test dalam 1 hari:-finance & malaysian economic. TERBAIK!!!   Jadi mari kita baca flow seterusnya... Aku pun keluar lah ke bandar Isnin lepas bagi menjayakan penggunaan baucar buku komplot aku ni. Rupa-rupanya dia cashkan baucar aku. Tak banyak chargenya. RM50 sahaja. Dia kata nak cashkan di bank, tak diterima. Jadi ini