Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Berhati-Hati Di Jalanraya

KALAU keluar je dari rumah walau ke mana sahaja destinasi pandulah dengan cermat. Sebelum keluar rumah tu baca2 lah doa agar perjalanan samada dekat atau jauh selamat. Semasa berada di jalan raya tu pandulah dengan berhati-hati terutama sekali apabila berhadapan dengan kenderaan berlesen P.   Diaorang ni baru je ibarat nak hidup kat dunia jalan raya. Kesian-kesian la dekat kami gologan ni dan jangan la balun kereta macam F1 pada pemandu-pemandu mentah ni kalau tanak belakang kereta keke balun. p/s: aku bawak kereta buruk je..tak kesah je nakbalun kereta lain lagi-lagi yang bau kedai..haha

Terhack Facebook Sendiri

SEMALAM time aku nak sign in Facebook aku dah tak dapat..sedih tahap gaban memang..Aku sebenarnya saje je nak tengok ape akan jadi kalau facebook kene hack..orang takde keje tapi sebenarnya belambak..hehe..ni lah akibatnya bila orang dapat jawab secret question dengan tepat.. p/s; belum cuba belum tahu :p

TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Explain six (6) dimensions of quality . 1. Performance • It is the primary operating characteristics, which determines-how well the product or service performs the intended function. • Example: Durability of batteries, fuel economy of cars, BHP of an engine, etc. 2. Features • These are special features (secondary) which appeal to customers. • Example: Design of seats in a car, look and color of a refrigerator, etc. 3. Durability • It is the time duration or amount of use before being replaced or repaired. 4. Reliability • Likelihood of breakdown, repair or expected time of fault-free operation. 5.Serviceability • Convenience and cost of repair and maintenance and is related to ease in resolving the customer complains . 6 .Consistency and Conformance • Conformance with standard, matching with documentation, being on-time, etc .   p/s: based on my answer in group's presentation :) PLAY ONLINE GAME WITH GOOGLE WANNA DJ COMING HOME?? GOT FUN GOT FUNDS

Sunset Around The World

JOM kita tengok gambar Matahari terbenam di serata dunia..agak lama tak update blog jadi marilah kita tenangkan fikiran melihat gambar-gambar di bawah..                                                                                                                                                                                                                                                                p/s: penyelesaian kepada masalah kekeringan idea :) PERINGATAN KEPADA PENGGUNA FACEBOOK DAN TWITTER!!! PENYAMPAI RADIO ERA NAK DATANG RUMAH KORANG?????

KERJA PEMBERSIHAN BERMULA

KALAU dah bawa tu, kene lah jaga elok-elok..ini la yang aku bawak datang kolej..ada la juga aku teman nak manja-manja kalau stay up malam-malam macam orang yang kene insomnia..kawan aku cakap la..ni la yang aku bawak, Monica si ikan laga..      Lagi satu hal, dengan adanya Monica lah aku jarang balik rumah..mak aku pun pernah warning jangan balik rumah selalu..oleh sebab selalu kesunyian tinggal sesorang kat bilik (roomates semua balik) aku pun bawak la Monica ni.. proses cuci sangkar ikan Jaga haiwan memang kene sabar.. * Akuarium untuk ikan/ kura-kura/udang kesayangan   * Dapatkan daun ketapang untuk ikan laga anda                                 

CARA MENGETAHUI ORANG YANG TAK PUASA

MASUK harini, sudah hari ke-7 puasa a.k.a. dah genap seminggu umat islam berpuasa..dalam dah lama puasa tu, tak semua orang puasa penuh lagi2 perempuan..yelah, kitaorang memang ada masalah, bukan saje2 nak ponteng..tapi lepas ganti penuh aje kan..hehe..balik pada topic, kalau nak kenal, senang je.. 1. tegok bibir . Kalau agak2 bibir macam hari2 biasa tu memang lepas minum air la agaknye..tapi jangan main tuduh je, sebab lepas mandi pun bibir lembap.. 2. bertenaga . Orang lain semua layu lagi2 nak area tengah hari tapi dia punya aktif macam hari biasa je.. 3 .beli makanan banyak . Selalunya orang yang tak puasa ni beriya-iya borong makanan banyak2..yelah, ada banyak masa nak makan..orang puasa nak pergi tarawikh..ahakz 4. selalu menyendiri atau berkumpulan di tempat2 terpencil ..ni kes nak makan la ni..tapi tak hina pun macam orang yang makan depan khalayak ramai..kalau makan depan orang yang berpuasa kan tak baik.. 5. bangun lambat ..sebab tak risau tak payah sahur.

BAGAIMANA UNTUK SELAMATKANNYA???

SEPANJANG hidup aku kat tempat baru ni yang belum sampai 3 bulan, dah macam2 perangai manusia aku jumpa..oleh sebab malas aku nak bebel panjang, kita straight to the point kat perenggan berikutnya.. Aku ada sorang kawan(ramai sebenarnya tapi ni cerita pasal dia) bernama si comel(bukan nama sebenar)..kalau siapa je tengok bloglist aku ni memang tau la aku ni fahaman apa..nak jadi cerita si comel ni tertengok bloglist aku masa aku tengah layan blog..pulak tajuk memang kaw2 punye..pastu dia pun cakap macam2..aku pun explain sikit dengan dia tapi cara aku tak menyebelahi mana2 pihak..lakonan..ahakz.. Lagi satu hal, dia ni memang minat politik..aku tak minat sangat politik tapi aku amek tahu gak la..pulak dia ni kalau aku silap cakap dia sempang masuk politik..kutuk ****** kaw2..aku diam malas nak perang mulut.. Sampai beberapa hari lepas sebelum cuti, entah apa yang aku silap cakap sampai dia simpang masuk politik macam biasa..siap cakap "aku minat politik"..dah tu, aku tan

LAGI-LAGI PASAL ISU MAKANAN

INI bukan kisah pasal selet ayam KFC kat kasut tapi pasal cerita warung tempat aku..nama tempatnya adalah rahsia..malam tu aku dan member aku pergi order makanan..tapi masa dia nak masak tu kitaorang tak duduk pon, cuma berdiri je menghadap dapur dia..alang-alang tu boleh skodeng cara dia masak..hehe.. Masa tengak kusyuk mata aku meliar pak cik pembantu dapur pun nak potong daging yang sudah direbus..tiba-tiba salah satu daging tu jatuh..aku ingat dia nak pergi amek basuh tapi, dia terus letak atas papan pemotong tu dan zap..zap..zap.. Aku pandang member aku dan tanya'kau nampak apa yang aku nampak'? member aku angguk laju je..pergh..tak tahu aku  nak cakap apa..lepastu kue tiau goreng 2 milik kami pon siap..aku pon blah la pastu sebab beli bungkus..nak makan kat bilik..hehehe.. Tapi aku sangat musykil..lepas dia potong daging tu dia ambil masuk kuali..pastu kue tiau kitaorang siap..jadi sah2 la aku yang kene!!!!huaaa!!! serius esok harinya member aku berak-berak..aku sus

JANGAN KEDEKUT SEMASA UJIAN

HARI jumaat lepas, aku ada test MGT 162 kat dalam dewan..campur semua kelas..aku memang pakat-pakat dengan member2 aku nak tolong-menolong sesama islam la katakan..tapi aku rancang aku yang tak terjebak sebab masa aku nak duduk sebelah komplot2 aku tiba2 aku kene marah sebab pilih2 tempat..dengan dukacita aku duduk belakang kak mas..tapi okey la sebab dekat2.. Dah duduk sebelah orang lain tu, kenelah cari komplot baru..so, aku pun cuba beramah mesra dengan orang sebelah cakap nak jenguk2 papper dia nanti..tapi dia pulak buat muka sengal dan cara pandangan macam menghina..aku dah terkesima..aku bukannya tak baca buku, cuma tak hafal je..huh!!! time test, aku pun buat je la apa yang aku tahu sebab tengok papper member2 depan aku dah berisi..dah siap tulis, aku tengok papper budak muka sengal sebelah aku-kosong..aku ni bukannye kedekut sangat kalau bab2 meniru ni,tapi disebabkan sikap dia awal2 tadi aku jadi takde mood nak tolong dia..kita patut tolong orang kerana belum tentu kita

WHAT IS OWNER EQUITY

OWNER equity is the total of resources or funds provided for by its owner. Below is a bit about owner's equity. 1.capital -the amount of money invested by the owner in the business. 2.expenses -cost of assets consumed or services rendered to earn revenue. 3.drawing -withdrawals of assets by the owner 4.revenue -inflow of cash or assets from the sales of goods or services

BAIK MATI

KATA-KATA PROFESSOR UNGKU AZIZ 1.RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA=BAGUS SEKALI 2. RAJIN BEKERJA,MALAS BERCAKAP=KENE BULI 3.MALAS BEKERJA,RAJIN   BERCAKAP=WAYANG CINA 4.MALAS BEKERJA,MALAS BERCAKAP=TAK GUNA 5.MALAS BEKERJA,SUKA MENGADU=NYANYUK 6.MALAS BEKERJA, SELALU PONTENG=BAIK BERHENTI 7.MALAS BEKERJA, SUKA MENYIBUK=BAIK MATI p/s:aku tak suka itu nombor 2..ciss!!!

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau ." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudi

AKIBAT MENGAMBIL JAWAPAN DARI INTERNET

PAGI yang luar biasa dari yang biasa kerana kami sedang berada dalam kelas Fahrin Ahmad..tapi Fahrin Ahmad belum masuk ke kelas.. NORA DANISH: oi, aku belum siap nombor 12!!!arghhhh!!! jiwa kacau... MASIDAYU: relax..ambo tak buat lagi banyak..asal dah siap banyak ni Nora Danish? bila buat? NORA DANISH:pagi tadi aku bangun pukul 4.30 pagi nak siapkan..time tu kan internet laju..hehe.. FARAWAHIDA: aku lagi bannyak tak buat,bai..owh..ko salin dari internet ea.. NORA DANISH:ha'a..sikit-sikit tengok buku la..takpe..nanti main exchange papper la..hehe REMI ISYAK: woi!!!relax la..Fahrin Ahmad baru turun kereta.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ FAHRIN AHMAD: let's discuss the answer..Masidayu, answer no. 11.. (berlaku pertukaran kertas antara Nora Daish, past kepada Farawahida dan sampai ke tangan Masidayu..Fahrin Ahmad melihat kejadian itu dan mengkagumi semangat tolong-menolong antara mereka) MASIDAYU:The singa is a  liar's anima

MARI TENGOK!!

AKU ada kene buat blog untuk assignment aku..blog yang ni pon terkial-kial nak curi masa untuk update,ni tambah blog lain pulak..10 peratus pulak tu markahnya..jadi,kalau ada sapa-sapa nak tengok blog aku yang full english, klik sini.. .. tapi english aku berterabur..huhu..kalau sudi boleh la tegur-tegur mistake aku dalam penulisan kat blog itu..yang kat blog ni tak payah la tapi kalau nak tegur jugak boleh je..tegur la,tegur la, aku tengah hati kering ni :) p/s:hati kering tapi jiwa kacau!!!assignment berlambak :(

DEFINE ASSETS AND EXAMPLES OF ASSETS

1.NON-CURRENT ASSETS -assets that have a useful life more than 1 year. It used in business operations to generate profit. e.g. land and building,plant and machinery, vehicles, notes receivable, real estate 2.CURRENT ASSETS -can be converted into cash within 1 year. e.g. stock, debtor, cash in hand, accounts receivable, inventory 3.INTANGIBLE ASSETS -is assets that cannot see with eyes. e.g. patents, copyright, franchises, godwill, trademarks 4. INVESTMENT -assets get by buying share on companies. Investments in securities such as bonds, common stock, or long-term notes. Investments in fixed assets not used in operations (e.g., land held for sale). Investments in special funds (e.g. sinking funds or pension funds). p/s; resourses :http://en.wikipedia.org/wiki/Asset, Albar :)

TAK BOLEH KOMEN?

KEBELAKANGAN ni aku memang busy dengan assignment..walaupun tak sampai seminggu aku meenghadiri kuliah tapi belambak kerja nak buat..lagi satu, dek kerana lama aku tak sign in blog ni, komen orang pon aku tak boleh balas..nak sign in pon bertukar emel dan x dapat dikesan..aku tak tahu!!!!!!!

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas. Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

TAK PERCAYA:BE NUFFNANG BERTAMBAH?

DAH genap 7 hari aku tak update blog disebabkan kesuntukan masa..tup..tup.. aku tengok BE aku dah meningkat..ahakz.. layan je la entri ni ea.. pengunjung sikit je tapi BE naik RM 2..haha..trima kasih nuffnang..:)

SEMINGGU DI UiTM SEGAMAT

HARINI aku ada masa sedikit nak layan blog aku ni..minggu destini siswa (MDS) baru tamat semalam jadi aku dah ada masa..hehehe..ramai student balik rumah tapi aku tak..aku memang malas nak balik lagi-lagi mak pak aku gi laut..ermm.. Ada banyak perkara aku belajar tapi sikit je yang lekat sampai sekarang...nak tau? 1.UiTM ni satu satunya universiti yang menyokong kerajaan( UMNO) 2.Orang melayu perlu berusaha 3.hak orang melayu dicabuli 4.umpil pintu 5.pinky boy (aww) 6.peghulu yang berani meminta maaf  secara umum (bakal pemimpin negara) 7.pak cik ahmad 8.analisis pelaburan(investment analysis) memang meremang susah 9.6 hari tak berak.ahakz. 10.sakit tekak,selsema,batuk,sembelit..ahakz 11.spek bingkai hitam.. p/s;hope roomate aku a.k.a senior baik hati..amin..                                                            

SIBUK

BUNYI radio beserta dengkuran seisi rumah kedengara..semuanya telah lena kecuali aku..duduk menghadap komputer menaip bait-bait perkataan.. Memang penat mengemas barang-barang..esok dah kene daftar kat UiTM Segamat..aku memang malas betul sebenarnya nak sambung belajar..nak kata course yang dapat tak diminati,semua aku tak minat..tak minat nak sambung belajar..tapi memandangkan bapak aku bangga gila aku dapat tawaran ni aku chow je la..pergh..kene tukar stail..mencik!!! Macam-macam aku pikir..er..entahlah..tulis kat blog je la..ermm..senang ke nak lepaskan orang yang tersayang?erm..entah la..kalau nak tinggal family,5 tahun aku duduk hostel..dah biasa..tapi..tapi..tak tahu!!!aku nasihat member aku tapi aku sendiri pun buntu..tapi aku tahu member aku sebenarnya macam aku..biar dia.. Aku sangat busy.. p/s:setan betul!!aku beli buku takde muka surat..salah cetak..pergh!!!batal niat aku nak belajar asas akaun..uwekk..belajar kat u je la..

CERMIN

Pagi yang suram. Cermin itu berada di atas katil John walaupun cermin itu kepunyaanku ,Mask. Dia pijam. Tapi dia tak letak balik dalam loker aku. Aku pun tak kisah kerana aku seorang yang simple. Roy   pun guna cermin aku. Penghuni lain di dorm itu turut menggunakan cerminku untuk berdandan   walaupun disediakan cermin yang lebih besar di dalam dorm itu. Kecantikan adalah hak milik setiap insane.. Suatu hari mataku terpaku pada sesuatu objek didalam bakul sampah..cermin itu telah pecah..aku berasa sangat terkejut lalu pergi menemui Roy..dia pun bercerita.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~` Dew :Roy, sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..err..kau   ingat tak?bendanya bulat-bulat, berwarna merah..hari-hari kita tengok dia.. Roy: apa tu? Entah.. Dew: aalah, cermin..cermin tu dah pecah..nanti aku   ganti ea..aku   tak sengaja..masa aku nak letak atas katil kau tiba-tiba jatuh..pastu pecah..hehe.. Roy:huh? Eh,jangan menggelabah

PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN OTAK LUPA

1.Makan kepala ikan 2.Miniman atau makanan yang dicemari semut 3.Makan yang diselang-seli dengan mium 4.Makan organ dalaman seperti hati,jantung,paru-paru,perut dan sebagainya 5.Membaca nama di batu nesan 6.Berdiri di celah-celah binatang 7.Melihat najis semasa membuang air 8.Melihat kemaluan   9.Melihat buih nasi semasa nasi mendidih 10.Kencing berdiri 11.Makan makanan yang masam 12.Meniup api ilin

PAHALA SEBANYAK BINTANG DILANGIT

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya Sayidatina Aisyah r.ha. mengagak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.  

AMUKAN WARGA FACEBOOK!!

KECOH harini tentang facebook..kalau nak ikut hati memang nak delete akaun Facebook tapi apakan daya, Facebook ni lah antara tempat famous aku ping entri..bukan kat wall aku, wall member-member aku pun jadi mangsa..tapi dah mintak izin..hehe.. Aku dapat notification tentang bende alah ni, cakap nak elak spam..jadi aku tak approve sebab aku ni salah seorang spammer. .sampai pernah kene banned dalam facebook..huh!!kedekut!!! Ni aku tunjuk sikit pasal virus ni agar tak terpedaya.. nasib baik kawan aku bagi amaran tadi kalau tak memang aku pun menyebarkan kat orang tanpa disedari..ermm..aku memang tak suka dengan virus penyebaranni..mesej berantai pun member aku pernah kene warning dengan aku sebab suruh aku duk sebarkan..sebab aku pun takut..heee.. Adakah spammer ni banyak sangat sampai wujud mesej spammer tanpa disedari macam ni? Dah la nak ping entri kat Facebook pon kene word verification..ermm..naseb..naseb.. p/s; kami benci virus!!

HMMM..DAH LEPAS GIAN

AKU bahagia hari ini disebabkan 2 perkara.. pertama.. tadi aku pergi Bank Islam nak bukak akaun untuk UiTM..dipendekkan cerita, aku pun duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu permohonan diproses..duduk di kerusi..duduk di kerusi..aku tahan je, pakcik sebelah aku ni duduk tak reti diam..dia goyang-goyang kaki dia..aku sakit hati sebab aku pun bergegar jugak!! Jadi aku mengambil inisiatif untuk menegurnya secara berhemah tapi aku tak tau bagaimana..aku ni pemalu..jadi aku pun gegarkanlah kaki aku lagi kuat bertujuan biar dia terganggu dan stop gegar kaki dia!! biar dia faham la kononnya..tapi dia gegar lagi kuat pulak..perghhh!! Berasap gila aku..aku pun gegar lagi kuat..hahaha..lepastu dia bangun..hahaha..pergi kaunter sebab nama anak dia kena panggil..rasa macam akan satu kampus dengan aku je anak dia tu..err..yang penting aku suka dah tiada ganguan gempa bumi kecil..huh!! kedua.. mak aku dapat surat pasal akaun bank aku..katanya umur aku hampir 18 tahun dan nama mak

KENAPA AKU LULUS JPJ?

HARI Isnin lepas,semalam semalam, aku pergi test jpj kat bunga raya, bunga kebangsaan kita..tapi ini bunga raya nama institut memandu bunga raya.. Datang-datang pergi daftar dapat nombor 22..nombor bertuah tu..harap-harap kalini lulus..malas nak buang duit mak aku lagi..huh! Mula-mula buat bukit ..pergh..tayar masuk aku tengok lagi 1 mm nak keluar tapi aku beranikan diri angkat tangan..lepas..hehe..okey, buat parking pula..yes! dah siap semua step-step parking..tengok tayar, terkeluar garisan! Mana silap aku? Jadi, aku mengambil langkah berani mati ..aku kedepankan kereta(tak pernah cikgu ajar)  sedikit je..kemudian undur balik..yes, masuk..fuh selamat! Dengan muka yang pucat seperti mayat aku tekan hon..tapi tak bunyi!! Rupanya salah button..button dekat tepi,bukan tengah..adees...tiba saat yang aku paling menggelabah, 3 point turn (aku fail hari tu sebab tak buat ni) klik sini kalau nak kutuk ..masuk je la..tiba waktu nak undur, kene berhenti pada garisan selari ..selesai..na

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, a

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru , demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : "Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang . Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian put

APABILA BAPAK AKU CEPUK DENGAN BANTAL

BAPAK dan ibuku pulang pukul 5 pagi semalam..baru balik dari laut..aku yang sedang lena membute terjaga dan kemudian tidur kembali..esok pagi aku cakap dengan mak dan pak aku malas nak masuk u..aku nak amek Form 6..bla..bla..bla..aku memang pemalas pon nak belajar lama-lama..naseb baik spm 2 tahun je sekolah..fuhh !! Tiba-tiba bapak aku cepuk muka aku dengan bantal..huhu..nasib baik bantal kecik..dah aku kene dengar ceramah free dari dia..kalau membebel mamang kalah mak aku..aku lagi suka mak aku bebel berjam-jam dari dengar bapak aku membebel 1 minit..eeee..tak suka.. Selepas itu, aku pun cakap "yelah,yelah..masuk u.."jadi aku pun agaknya masuk la u kot kalau tanak kene cepuk lagi..ambil la aku diploma analisis pelaburan..err..mungkin aku kena belek buku tingkatan 3 kemahiran hidup..erm..cukup lah sangat..kacau je plan aku nak enjoy sampai hujung tahun..tapi kira nasib baik sikit je la sebab ada kawan-kawan aku isnin ni masuk form 6..aku lak test jpj..perhh..memang tanak

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya 8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala        selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hura